
Pempengaruh media sosial, Aya Balqis mendakwa kekasihnya, Yuka telah berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan seorang pempengaruh Indonesia dikenali sebagai Jule.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jule Didakwa Curang Lagi.. Kali Ini Dengan Yusman Kusuma, Teman Lelaki Aliyah Balqis – ‘Awak Rampas Kebahagiaan Saya’
Foto Yuka curang?

Menerusi satu hantaran video, Aya memuat naik bukti berupa foto yang didakwa menunjukkan Yuka dan Jule sedang berpelukan di dalam sebuah kenderaan.
Dalam rakaman tersebut, Aya kelihatan menggigil dan menangis sebelum bertindak mencampakkan telefon bimbitnya kerana sukar menerima kenyataan tersebut.
Yuka berhenti baca skrip awak, ada orang kirim gambar mereka kepada saya. Kawan apa macam ini?
Yuka atau nama sebenarnya Yusman Kusuma sebelum ini tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan dan menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Jule. Sebaliknya hanya kawan.
Menurut Yuka, hubungan mereka hanyalah sekadar kawan dan tidak melibatkan sebarang unsur curang seperti yang didakwa.
Saya dan Jule hanya sekadar kawan. Saya akui saya menukar nama pada nombor telefon Jule, tetapi itu bukan bermakna kami mempunyai hubungan sulit.
Saya tukar nama tersebut kerana sejak isu ini tular, nama Jule terpalit dengan pelbagai dakwaan. Saya tidak mahu orang membuat tuduhan tidak berasas.
Dalam pada itu, Yuka turut mendedahkan hubungan dirinya dengan Aya kebelakangan ini berada dalam keadaan dingin sehingga mencetuskan salah faham.
Hubungan saya dan Aya sedang dingin dan menjadi sensitif. Keadaan ini membawa kepada salah faham. Itu adalah keputusan peribadi saya dan saya akui cara saya menangani situasi tersebut adalah salah.
Dalam masa sama, Yuka secara terbuka memohon maaf kepada Aya dan mengakui kesilapannya kerana gagal menjaga perasaan kekasihnya itu, selain berharap situasi yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.
Untuk Aya, saya mohon maaf. Saya sedar saya telah menyakiti hati kamu dan sepatutnya lebih memahami perasaan kamu. Saya akan bertanggungjawab atas apa yang berlaku tanpa menuduh kesalahan kepada mana-mana pihak.
Terdahulu, Jule pernah dikaitkan dengan dakwaan berlaku curang bersama seorang petinju, Sjafrie Ramadhan, selain dipercayai telah diceraikan oleh suaminya, Na Daehoon.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

