berita

‘Ayah Awak Tak Boleh Jaga Mak Ke?’ – Pengalaman Hadir Temuduga Kerja Paling ‘Kurang Ajar’

August 14th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Zaman sekarang ini mencari pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tidak kira lah korang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi sekalipun. Tengok, ramai sahaja graduan lepasan universiti masih menganggur kerana sukar untuk mendapatkan karier yang diimpikan. Betul tak?

Menerusi Twitter Danial Ashraf, lelaki ini berkongsi kisah pengalaman dirinya semasa menghadiri sebuah sesi temuduga. Namun, sesi temuduga tersebut tidak seperti yang diharapkan oleh dirinya.

Worst job interview

Menurut Danial, dia telah menerima dua panggilan temuduga, namun satu daripadanya tidak memberikan sebarang respon mengenai sesi temuduga tersebut. Oleh kerana tiada sebarang respon, Danial bertindak untuk menghadiri satu sahaja sesi temuduga iaitu di sebuah syarikat pembuatan di Kajang. Jawatan yang dipohon olehnya ketika itu ialah Human Resources Executive manakala gaji yang dipohon sebanyak Rm 2700.

Semasa sesi temuduga, majikan syarikat tersebut telah mempersoalkan tindakan dirinya yang sering bertukar tempat kerja dalam tempoh masa yang singkat dan gaji yang dipohon tidak sesuai. Walaupun disoal mengenai isu tersebut, Danial memberikan jawapan yang benar buat majikan syarikat itu.

Demand is too high

Berdasarkan soalan yang ditanya oleh majikan tersebut, Danial memberitahu bahawa dia telah bekerja secara sambilan di beberapa buah tempat termasuk menjadi tutor. Mengenai soal gaji, dia memberitahu bahawa dia pernah ditawarkan gaji yang lebih tinggi dari yang diminta, cuma tempat tersebut jauh daripada kawasan tempat tinggalnya. Lagipun, ibunya tidak membenarkan dirinya untuk bekerja jauh.

Both of them had medical histories

Tambahnya, dia perlu menjaga ibunya yang kurang sihat akibat kemalangan ketika menaiki boat. Tangan kanan ibunya tidak dapat melakukan kerja berat dan hanya bergantung kepada tangan kiri sahaja. Selepas mendengar jawapan yang diberikan, majikan tersebut memberitahu bahawa jawatan yang dipohon olehnya sudah penuh, yang tinggal hanya jawatan Sales Coordinator. Disebabkan permintaan gaji yang terlalu tinggi, majikan tersebut memintanya untuk segera berfikir sama ada setuju menerima jawatan tersebut ataupun tidak.

Ingat tak buat homework

Tidak berpuas hati dengan cara layanan majikan tersebut, Danial bertanyakan semula kepada majikan tersebut kenapa dirinya dipanggil menghadiri sesi temuduga sedangkan jawatan tersebut sudah penuh. Majikan tersebut masih memberikan jawapan mengenai gaji yang diminta dan menurutnya gaji yang dipohon sangatlah tidak relavan.

Asyik berhujah mengenai gaji

Menurut Danial, cara majikan tersebut semasa sesi temuduga sangatlah tidak sesuai kerana menjadikan alasan gaji sebagai hujah buat dirinya untuk menang dan tidak mengambil pekerja. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak diterima bekerja di syarikat tersebut. Tambahnya, ibunya juga tidak mengizinkannya untuk bekerja di situ.

Sumber: Danial Ashraf

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×