berita

‘Ayah Di Pusat Pemulihan Dadah, Emak Dekat Penjara….’

November 18th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian yang mendatang, ujian ini sebagai tanda kasih sayang Allah S.W.T. kepada makhlukNya. Di Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fadhli Sallehberkongsi kehidupan lima beradik yang hidup secara berdikari tanpa ibu bapa di sisi. Sebak!

Berat ujian mereka

Foto: Mohd Fadhli Salleh

Baru pulang dari sempat ziarah satu keluarga. Ayah di pusat pemulihan dadah, mak di penjara. Tinggal 5 adik-beradik perempuan menjaga sesama mereka. Kakak yang sulung baru berusia 18 tahun. Si kakak inilah mencari nafkah untuk adik-adik. Dia bekerja di 7-elevan sahaja. Emak baru sahaja ditangkap lebih kurang 2-3 minggu lepas. Salah seorang dari anak-anak ini yang buat report polis bila tak tahan mak asyik hilang kawalan bila dibawah pengaruh dadah. Mereka nekad buat keputusan itu dan bagi aku itu keputusan paling tepat. Biar maknya dipulihkan sebelum kembali menjaga anak-anak ini.

Menerusi perkongsian tersebut, dia menceritakan pengalamannya menziarahi satu keluarga yang kehilangan kedua ibu bapa buat sementera. Jelasnya, ayah kepada anak-anak itu sedang berada di pusat pemulihan dadah, manakala ibunya berada di penjara. Kakak sulung kepada lima beradik ini, mengambil tugas sebagai ‘ketua keluarga’ bagi memastikan kelangsungan hidup mereka adik beradik.

Tambahan pula, emak kepada mereka baru sahaja ditangkap kira-kira dua hingga tiga minggu lepas akibat pengaruh dadah yang memberi kesan kepada mereka adik beradik.

Rumah kemas & teratur

Foto: Mohd Fadhli Salleh

Kisah tersebut terjadi di Kuala Lumpur, Fadhli yang menerima laporan ini bertindak dengan segara untuk ke rumah mereka ini bagi menyiasat keadaan sebenar.

Yang bongsu usia 11 tahun, masih di sekolah rendah. Paling aku seronok dengar, seorang dari mereka merupakan pelajar MRSM. Terus aku nasihat belajar elok-elok, jaga diri baik-baik kerana pembelajaran akan mengubah kehidupan. Sebaik aku sampai, ada hidangan makan malam tersedia. Mereka baru lepas makan rupanya. Bagus adik-beradik ni, pandai memasak dan berjimat cermat. Rumah pula kemas dan bersih je.

Dia turut menceritakan adik bongsu yang berusia 11 tahun masih di bangku sekolah dan paling membanggakan apabila salah seorang daripada lima beradik itu belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Tambahan pula, walaupon ketiadaan ibu bapa di sisi, tapi rumah mereka tetap kemas dan bersih.

Sumber:Mohd Fadhli Salleh

SKIP THIS AD ×