berita

Ayah Diserang Angin Ahmar Di Korea Selatan, 3 Beradik Rayu Bantuan

April 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Tuaran, Sabah, tiga beradik mohon bantuan orang ramai untuk membawa ayah mereka pulang semula ke tanah air selepas terlantar sakit di Korea Selatan. Menerusi laporan Harian Metro, Mohd Nuruddin Abdullah @ Jalin Tompipi dipercayai diserang angin ahmar pada 7 April lalu.

Kehilangan fungsi saraf

Sekadar gambar hiasan

Menurut anak sulung Mohd Nuruddin iaitu Nor Shahzrina memberitahu bapanya kehilangan fungsi saraf separuh anggota badan selepas diserang angin ahmar. Tambahnya, bapanya dimasukkan ke Mokpo Honkook Hospital, Korea Selatan untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, Shahzrina memaklumkan bapanya bekerja sebagai pemetik buah di daerah Mokpo sejak Februari lalu. Setakat ini, bapanya sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di bahagian kepalanya.

Memandangkan ayah dan ibu sudah bercerai, kami tiga beradik buntu dan tidak tahu cara untuk membawanya pulang ke negara ini memandangkan kos yang tinggi. Malah, kos pembedahan sahaja sudah mencecah RM36, 000. Setakat ini, sebanyak RM20,000 dikumpul melalui bantuan keluarga, rakan-rakan ayah serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Masih menuntut di IPT

Sekadar gambar hiasan

Mengulas mengenai kehidupannya, Shahzrina memberitahu dia bekerja sebagai seorang kerani dan dua adik perempuannya masih menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Setiap hari, kami risaukan keadaan ayah. Lebih-lebih lagi kami tidak dapat berkomunikasi dan hanya rakannya yang sanggup membantu untuk melawatnya dan menyampaikan perkembangan kepada kami. Pihak kedutaan Malaysia di sana juga ada membantu memberitahu keadaan ayah serta jumlah kos rawatan. Kami cuma mampu berharap, ada pihak yang sudi membantu bagi memudahkan urusan kami.

Sebagai seorang anak, dia meluahkan perasaan risau terhadap kesihatan dan keadaan ayahnya sekarang. Dia berharap ada pihak yang sudi membantu mereka.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×