berita

‘Ayah Ditangkap Polis, Emak Kemurungan…’ – Kisah Sebak 6 Beradik Membesar Tanpa Ibu Bapa Di Sisi

March 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Dielah Midi

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak apabila dia terpaksa menjaga lima adik-beradiknya yang lain tanpa bimbingan kedua ibu bapanya.

Kisah tersebut disampaikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Dielah Midi, dan status tersebut telah meraih pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib yang menimpa enam beradik ini.

Kisah sebak 6 beradik

Foto: Dielah Midi

Menerusi status tersebut, wanita ini menceritakan ketabahan anak sulung keluarga itu yang dikenali sebagai Mimi, yang berusia 12 tahun, yang terpaksa menjadi ibu bapa ‘segera’ buat adik-adiknya. Difahamkan, keenam-enam adik beradik ini telah diserahkan oleh ibunya, kepada nenek mereka kerana suaminya telah ditangkap atas sebab memiliki barangan terlarang.

Bertabahlah adik Mimi, berat ujian yang menimpa 6 beradik ni, menjaga 5 adik-adik yang lain. Ibunya menyerah ke-6 anaknya kepada mentuanya setelah suaminya ditangkap polis kerana memiliki barangan terlarang. Si ibu pulang dan bertekad tak mahu lagi kesemua anak-anaknya kerana kesempitan hidup dan masalah kemurungan yang menimpa dirinya.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila si ibu sudah bertekad untuk tidak lagi berjumpa dengan anak-anaknya berikutan mengalami masalah kewangan di samping masalah kemurungan.

Mungkin tak pergi sekolah lagi

Foto: Foto: Dielah Midi

Bukan itu sahaja, apa yang lebih menyedihkan, apabila kakak sulung ini sanggup berkorban masa depannya dengan tidak pergi ke sekolah demi menjaga adik-adiknya di rumah.

Mimi 12 tahun yang menjaga 5 adik-adiknya yang berusia 10tahun, 7 tahun, 6tahun, 2 tahun dan baby 5 bulan. Semasa kunjungna ke rumah nenek Mimi tadi berbincang tentang persekolahan yang tak lama lagi buka. Laju jer air mata Mimi keluar dia kata mungkin tahun ni dia terpaksa hold dulu persekolahannya sebab adik-adiknya yang lain.

Hal ini disebabkan, tiada siapa yang boleh menjaga adik-adiknya yang lain disebabkan neneknya bekerja di sebuah kilang garam yang berdekatan dengan rumahnya.

Semoga dipermudahkan segala urusan adik Mimi dan adik-adiknya

Sumber: Dielah Midi

SKIP THIS AD ×