berita

Ayah Emma Maembong Melawat Rumah Usang Di Tengah Kawasan Pembangunan, Ini Perkara Ditemuinya

January 9th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Beberapa hari lepas ayah kepada pelakon popular Emma Maembong, Ismail Embong telah berkongsi kisah lawatannya ke sebuah rumah usang, lama dan paling menarik sekali rumah itu hanya satu sahaja bertapak di tengah kawasan yang pesat membangun.

Ismail Embong ingin tahu siapa tuan rumah kepada rumah itu, beri salam beberapa kali tidak menyahut. Akhirnya ini yang Ismail temui.

Jumpa rumah berdiri megah di tengah pembangunan

Dulu ada sebuah kampung Melayu disini. Padat, pesat, aktif di Kg Tanjong, Terengganu.

Ayoh beri salam beberapa kali tidak dijawab. Pulang ke kereta. Dekat mesin kuning tu tapak rumah agam nenda ayoh Dato Perba Wangsa.

Rasa berat nak tinggal tmpt ni, terkilan jika tak jumpa tuan umah. Posing ala 70an dulu.

Ayoh degil, lepas 15 minit beri salam lagi. Keluar seorang muda encem macam ayoh. Pakai kilt scotland. Ayoh dudok atas tangga dan perkenalkan diri – Ismail Embong /Maembong.

Sebut Maembong dia tersentak. Rupanya dia adalah rakan ayoh di Bukit Besi dan Kg Ladang Tok Pelam.

Barulah dia mulakan citer. Hidupnya bagai dipulau ditengah lautan dia hadapi tabah. Dia tak mahu mengalah kpd ‘pembangunan’, tidak mahu lihat rumah bersejarah keluarganya dibina sejak 1941 itu ‘dibaham’ demi mengkayakan org lain, walaupun semua penduduk lain sekelilingnya kabur dengan wang dan rela dileburkan warisan temurun.

Menong nasib bangsa dibumi sendiri. Seingat kita Tanjong tmpt kita sama2 bermain, roti canai nasik dagang, tor nusuk, dekad 60an. Hanya 50 tahun dahulu, kampung 100% Melayu. Sekarang lebur segala, wang pampasan bagai wang pampers, kejap pakai terus buang/hilang, wang itu tidak bertahan lama, jadikan penerimanya malas, pastu Melayu itu jd pengemis dibumi sendiri kerana kampung sudah terjual maruah pun tergadai.

Lepas 30minit ayoh mohon pulang. Janji jumpa lagi. Scotsman itu hantar ayoh ke kereta. 50tahun dulu tempat ini kemegahan nenek moyang, hari ini dijual, keringat leluhur diselit bawah timbunan ringgit untuk bermewah sementara, pastu mengemis. Apa akan jadi pada anak cucu 50tahun lagi? Masih adakah Melayu?

Menurut Ismail Embong di status Facebook, tujuannya berkongsi kisah rumah rakannya di atas adalah;

Post ayoh berkenaan sebuah rumah di Tanjong yg masih berdiri megah timbulkan polemik pendapat bagai ribut melanda kuat robekkan pantai Dungun. Ada yg kata kerajaan tidak merampas, penghuni tidak dipaksa keluar, malah diberi pampasan dan penghuni rumah ambil, apa nak dihebohkan lg. Dan tambahnya lg rumah itu masih berdiri kerana kerajaan itu adil, bukan Megat Komeng atau Sadiq Segaraga memerintah. Ada yg kata pampasan tak seimbang, kecil, tak cukup untuk cari tmpt lain. Banyak ungkit kenapa Kg China dipertahankan, malah dipermolekkan, kononnya untuk menarik pelancong. Ada yg kata satu masa anak cucu akan akur yg org Cina buka Kuala Terengganu kerana rumah2 Cina yg bersejarah masih berdiri megah, sebaliknya rumah2 bersejarah Melayu dibulldozerkan. Kini semua Melayu anak cucu pengasas negeri ini tinggal dlm kotak flat bagai burung yg baru hinggap di tempat itu, maka jgn hairan masanya akan tiba Melayu digelar pendatang. Segelintir Melayu yg kaut untung dari menjual kaum Melayu itu sudah tidak kenal apa itu Melayu kerana cara hidup, pergaulan, pertuturan mereka sudah jauh tinggalkan alam keMelayuan. Pastinya rumah mereka direka khas tidak bercirikan senibina Melayu, malah agungkan seni luar terutama dari England, Belanda, Cina dan ikut teguran dan kemahuan Trump.

Sumber: Facebook Maembong Ayoh

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×