berita

‘Ayah Mimpi Adik Balik, Ayah Keluar Adik Tak Ada…’

April 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sudah setahun lebih negara dilanda wabak Covid-19, isu rentas negeri merupakan salah satu topik yang menjadi bualan hangat tatkala sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.

Di Tiktok, viral sebuah video call pendek di antara ayah dan anak dek kerana terpisah disebabkan wabak yang sedang melanda. Dalam video tersebut, warga emas itu kelihatan sangat sebak selepas menceritakan tentang mimpi kepulangan anak perempuannya.

Ayah mimpi adik balik

Menerusi video tersebut, difahamkan si ayah ini telah mimpi anaknya pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, si ayah ini turut keluar mencari kelibat anaknya setelah mendengar sayup-sayup suara gadis tersebut. Melihat raut wajah ayah yang sedih itu, Nonie terus meminta maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung disebabkan situasi pandemik yang sedang berlaku. Meskipun sebak, si ayah ini terpaksa akur dan setia menunggu kepulangan anaknya nanti.

Mohon pulang

Rata-rata netizen sebak dan tersentuh melihat video anak beranak itu. Malah, ada juga yang memberi nasihat supaya Nonie terus berusaha untuk meminta budi bicara merentas negeri daripada pihak berkuasa.

Sumber: Nonie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×