berita

‘Ayah Potong Badan Ibu Lepas Tu….’

October 28th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Di Lebanon berlaku satu kejadian kejam di mana seorang suami sanggup membunuh dan mengerat badan isterinya kepada beberapa bahagian. Kejadian kejam ini turut disaksikan oleh anak-anaknya sendiri.

Lima beg berasingan

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UKsuspek bertindak mengerat mayat isterinya dan memasukkan keratan mayat itu ke dalam lima beg yang berasingan. Beg tersebut turut diikat dengan rapi bagi mengelakkan ia daripada senang dibuka.

Setelah berbuat demikian, suspek bertindak membunuh diri sebelum sempat pihak berkuasa melakukan siasatan. Walaupun, suspek telah meninggal dunia, pihak polis masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Lubang ditemui

Foto: Mirror UK

Ketika pihak polis membuat serbuan ke rumah suspek, mereka menjumpai lubang berhampiran rumah mereka. Lubang tersebut dipercayai telah digunakan untuk membuang anggota badan isterinya yang sudah dikerat.

Ketika disoal siasat, dua anak suspek yang berusia empat dan enam tahun menjelaskan apa yang telah berlaku kepada ibu tiri mereka.

Ayah potong badan ibu kepada beberapa bahagian, lepas itu siap bungkus dalam plastik. Kemudian ayah bertindak membuangnya di dalam lubang.

Takut dengan apa yang telah terjadi, suspek telah bertindak untuk membunuh diri.

Sumber: Mirror UK

The following two tabs change content below.

×