berita

‘Ayah Rogol Saya Selama 12 Tahun Sejak Umur Saya 3 Tahun, Bagi Saya Dia Dah Lama Mati’

June 25th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Aicha Dounia

Tak dinafikan, terlalu banyak cerita rogol yang melibatkan ahli keluarga sendiri. Lebih menyedihkan apabila orang yang sepatutnya melindungi kita, rupanya syaitan bertopengkan manusia.

Seperti kisah yang menimpa seorang gadis ini yang dipercayai menjadi mangsa serangan seksual oleh apa kandung sendiri selama 12 tahun iaitu antara tahun 2006 hingga 2017.

Dirogol sejak usia 3 tahun

Foto: Aicha Dounia

Mangsa, Aicha Dounia yang kini berusia 21 tahun menceritakan kembali kisah hitam yang menimpanya dirinya sebelum ini. Menurut Aicha, dia telah menjadi mangsa rogol bapanya sejak dia berusia tiga tahun hinggalah dia meningkat dewasa. Bukan hanya dirogol, Aicha mendakwa dia turut didera oleh bapa kandungnya sehingga kadangkala membuatkan tubuh badannya mengalami kesan lebam dan luka.

Pertama kali berlaku ketika saya berusia antara tiga hingga empat tahun. Sehingga kini kejadian tersebut masih terngiang-ngiang dalam fikiran saya.

Tambah gadis ini lagi, perkara tersebut berlarutan setiap malam dan dari hari ke hari, bapanya semakin agresif sehinggalah pada suatu hari, suspek nekad untuk berhenti daripada merogol mangsa selama sebulan kerana bimbang gadis itu sedang hamil. Selepas mengetahui mangsa tidak hamil, suspek meneruskan kembali tindakan jijiknya itu.

Aicha akui sehingga kini dia masih keliru dengan perasaannya sama ada dia menyayangi bapa kandungnya itu atau tidak. Jelas Aicha, sudah menjadi lumrah anak-anak akan menyayangi ibu bapa meskipun mereka kejam. Suspek juga pernah memberitahu Aicha bahawa dia menyayangi anak kandungnya itu melebihi segala-galanya.

Hubungan kami dalam keadaan baik pada banyak masa. Apabila difikirkan semula, ia adalah kerana dia membuat saya percaya bahawa kami adalah pasangan sejiwa dan kami adalah satu-satunya di dunia yang memahami antara satu sama lain.

Bapa bagi mabuk sebelum rogol

Sekadar gambar hiasan

Bercerita dengan lebih lanjut, Aicha akui bahawa dia tidak boleh membenci bapanya itu kerana apabila lelaki itu tahu, dia akan didera dan dihukum dengan lebih kejam. Oleh itu, dia sering berpura-pura dirinya sedang bahagia.

Ada satu malam selepas semua ahli keluarga tidur, kami berdua menyelinap. Ketika saya kecil, dia sudah meracuni fikiran saya bahawa kami berdua adalah pesalah dalam hubungan sulit itu. Dia memberitahu saya sekiranya saya membongkarkan tindakannya itu, tiada siapa akan percaya kerana tiada bukti.

Tindakan tersebut berjaya disembunyikan dari pengetahuan ahli keluarga dan suspek dikatakan tidak tidur bersama isterinya di dalam bilik sebaliknya dia memilih untuk tidur sendirian di ruang tamu.

Suspek kemudian mengajak mangsa tidur bersamanya di ruang tamu kononnya mahu menonton filem bersama-sama tetapi itu semua hanyalah helah semata-mata. Namun siapa sangka, hampir 12 tahun akhirnya perbuatan itu terbongkar. Pada ketika itu, Aicha mempunyai seorang kawan yang dia sangat percaya.

Jadi, pada suatu malam, saya berada di bawah pengaruh alkohol kerana ayah saya biasa buat saya mabuk sebelum melakukan perkara terkutuk itu dan saya menghantar mesej kepada rakan saya.

‘Bagi saya, dia dah lama mati’

Foto: Aicha Dounia, suami & anak

Sejak daripada itu, Aicha nekad untuk menceritakan segala-galanya kepada rakannya itu sekitar tahun 2018. Pada suatu hari, Aicha nekad untuk membuat laporan polis dan suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan merogol berulang kali, cubaan rogol, seks luar tabii dan serangan seksual.

Difahamkan, Aicha kini sudah berkahwin dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam bulan. Menurut Aicha, meskipun bapanya sudah dipenjara tetapi dia masih bimbang akan keselamtan diri dan anak perempuannya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk berpindah keluar negara. Sejak bapanya dipenjarakan, Aicha tidak pernah berhubung dengan lelaki itu.

Bagi saya, dia dah lama mati.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×