berita

‘Ayah Saya Bukan Pembunuh’ – Yana Najib Terkejut, Dakwa Pengakuan Azilah Satu Penipuan

December 16th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Azilah Hadri yang disabit kesalahan membunuh wanita warganegara Mongolia Altantuya membuat pendedahan mengejutkan di Penjara Kajang. Menerusi pendedahan terbaru yang dilaporkan oleh MalaysiaKini itu, Azilah mendakwa menerima arahan daripada bekas Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda untuk membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Bagaimanapun, anak kepada Dato Seri Najib Razak iaitu Yana Najib tampil menegaskan ayahnya tidak melakukan perbuatan demikian.

‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan’

Tambah Azilah lagi, dia mendakwa dirinya termasuk pegawai polis iaitu Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan “shoot to kill” (tembak mati) sebagai anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis. Laporan itu menyebut Najib Razak telah mengarahkan mereka untuk “tangkap dan hapuskan” Altantuya dan memaklumkan mangsa merupakan “perisik asing” dan “berbahaya kepada keselamatan negara”.

Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher.

Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan.

Azilah Hadri turut mendakwa bekas Perdana Menteri itu memberitahunya supaya berhati-hati dengan perempuan perisik asing itu kerana dia pandai berkata-kata dan penuh tipu helah, salah satunya adalah bahawa dia sedang mengandung.

Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi.

Azilah turut mendedahkan dia berjumpa dengan Najib Razak pada 17 Oktober 2006 di Pekan. Najib Razak turut mengarahkan dia untuk membunuh “perisik asing” itu. Perkara itu diulangi Razak Baginda di pejabatnya pada keesokan harinya.

‘Ayah saya bukan pembunuh’

Sementara itu, Yana Najib menerusi akaun Instagram rasminya bertegas menyatakan bahawa ayahnya itu bukan seorang pembunuh berdasarkan kenyataan dan laporan yang dikeluarkan MalaysiaKini.

MY FATHER is NOT a MURDERER. I just spent the last two hours listening to President Obama speak about the need for political leaders to realise that you are in this position to DO YOUR JOB & work FOR THE PEOPLE. For a brief moment, I was rejuvenated.

Then, I came home to see such slanderous claims promulgated to mask certain parties’ incompetencies. And who is the biggest victim in all of these never ending games of betrayal and slander? It is the Rakyat, our children, our grandchildren. Are we going to allow lies and deceit to be the new order of success in our country?

Mereka keluarkan konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya

Dato Sri Najib Razak menerusi akaun Facebook turut memberi respon terhadap kenyataan kontroversi yang dibuat Azilah pada pagi tadi. Dia turut mengaitkan situasi ini dengan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa cuba melemparkan fitnah kepada dirinya.

Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu. Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.

Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah. Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.

Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia. Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati.

Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas? Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?

Apa yang saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya ucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh PH. PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal. Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

Sumber: Yana Najib, MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×