Ayah kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Jebat Jayden – ‘Baba Semakin Tua, Harap Awak Sentiasa Di Sisi Hingga My Last Day’
Al-Fatihah
View this post on Instagram
Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram (IG).
‘Hero’ saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi.
Dia tak pernah berputus asa untuk berjuang, hanya jantungnya yang berhenti berdetak.
Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya.
Di akhir hantaran, pelakon filem ‘Polis Evo 3’ itu menitipkan ucapan terima kasih buat Allahyarham kerana telah menjadi seorang bapa yang terbaik buatnya dan keluarga.
I love you dan al-Fatihah Papa.
Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat buat kami semua.
Saya separuh kuat seperti awak dan separuh ayah yang baik seperti awak.
Ajar saya untuk menjadi seorang yang hebat seperti awak di syurga.
Dikebumikan selepas waktu Asar
View this post on Instagram
Sementara itu, Sharnaaz menerusi satu lagi hantaran memaklumkan jenazah bapanya itu akan dibawa pulang ke kampung asalnya di Pulau Pinang dan akan dikebumikan di sana.
Sekarang ini, jenazah sedang dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang.
Sesiapa kenalan kepada ayah saya yang ada di sana (Penang) boleh sampaikan maklumat ini.
Solat jenazah akan diadakan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas waktu solat asar dan akan dikebumikan di Kebun Lama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis mendoakan agar Allahyarham bapa kepada Sharnaaz dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Komen netizen