berita

Ayah Tergamak Rogol Anak Berusia 8 Tahun Depan Isterinya Sendiri

November 25th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Kota Kinabalu, Sabah, seorang lelaki berusia 45 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia lapan tahun. Lebih mengejutkan apabila mengetahui isteri suspek juga menjadi mangsa pukul si suami durjana.

Rogol sejak bulan Mac

Menerusi laporan yang dipetik daripada Utusan Borneo, suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak bulan Mac hingga Jun yang lalu. Namun selepas kejadian iaitu pada bulan Julai, mangsa telah dihantar oleh ibu bapanya ke sebuah asrama pelajar yang menawarkan tempat tinggal percuma.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, keputusan tersebut dilakukan kerana pada ketika itu ibu bapa mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan malah mereka tiada tempat tinggal yang tetap. Mereka hanya mampu menyewa di tingkat dua rumah kedai di Inanam.

Segala-galanya terbongkar

Tetapi segala-galanya terbongkar selepas kanak-kanak itu membuka mulut dan mengadu kepada penjaga asrama tentang apa yang menimpa dirinya. Difahamkan, mangsa sering diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya sepanjang berada di rumah sewa berkenaan.

Malah ketika kejadian berlaku, walaupun mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun ibunya tidak dapat membantu kerana lumpuh dan menggunakan kerusi roda.

Menurut sumber, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. Susulan daripada itu, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, mangsa kini dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk membantu siasatan bagi proses pendakwaan.

Sumber: Utusan Borneo

SKIP THIS AD ×