Isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof tampil memberi respon selepas suaminya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar.
Puteri Sarah ucap tahniah
Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah mengucapkan tahniah buat Syamsul dan Ira atas ikatan perkahwinan mereka. Dakwa Puteri Sarah lagi, suaminya itu sudah berkahwin lain sejak beberapa bulan lalu.
Ujar Puteri Sarah lagi, isteri kedua Syamsul Yusof dikatakan telah melanggar injuction order dan menghina mahkamah. Puteri Sarah juga seakan memberi bayangan mahu memfailkan saman terhadap Ira Kazar sebanyak RM10 juta.
Terdahulu, Syamsul Yusof membuat pendedahan sudah selamat bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Kazar.
Respon Puteri Sarah
Sumber: Instagram Puteri Sarah