Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akui kekok apabila pertama kali menukar lampin anak keduanya, Ali Mateen.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Nama Anak Kedua – ‘Aali Mateen Bin Ahmad Nabil’
Artikel Berkaitan: ‘After 24 hours Mommy Finally Dapat Kentut, Punya La Lama Tunggu’ – Ayda Jebat
Gelabah tukar lampin
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat berkata, kerja menukar lampin sebelum ini dilakukan oleh suaminya, Nabil Mahir.
Hari ini (Rabu) buat pertama kali saya tukar diaper (lampin) Mateen. Jangan terkejut sebab memang selalu Dadaa (Nabil) yang buat.
Gelabah tadi masa tukar, takut dia ke mana-mana kang peepee (kencing). Peepee sampai ke muka pun pernah.
Dalam hantaran sama, pelantun lagu Pencuri Hati itu bersyukur apabila anaknya itu tidak meragam.
Buat laju-laju tadi macam Naruto dan ‘smooth like butter’. Tak menangis, siap, minum susu dan kemudian terus tidur. Dadaa kepenatan, kesian Dadaa. Okay sayang awak berdua.
Pada 12 Disember lalu, Ayda memaklumkam sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan.
Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
Sumber: Instagram Ayda Jebat