berita

Ayda Jebat Umum Nama Anak Kedua – ‘Aali Mateen Bin Ahmad Nabil’

December 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ayda Jebat

Selepas seminggu bersalin, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya mengumumkan nama cahaya mata keduanya iaitu Aali Mateen Ahmad Nabil.

Artikel Berkaitan: ‘After 24 hours Mommy Finally Dapat Kentut, Punya La Lama Tunggu’ – Ayda Jebat

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Mommy & Dadaa Tengah Back To Zombi World’

Nama cahaya mata kedua

Ayda Jebat

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda berkata dia dan suami, Nabil Mahir mengambil masa yang agak lama sebelum sepakat memilih nama tersebut.

Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil. Lama jugak memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ni.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Nakal Nakal itu turut mendoakan bayinya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Semoga menjadi anak yang soleh sayang Mommy and Dadaa. Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua!

Sementara itu, Ayda turut berkongsi sekeping foto anaknya sedang tidur di atas tilam buat tatapan umum.

Pada 12 Disember lalu, Ayda memaklumkam sudah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×