berita

‘After 24 hours Mommy Finally Dapat Kentut, Punya La Lama Tunggu’ – Ayda Jebat

December 13th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, semalam.

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Mommy & Dadaa Tengah Back To Zombi World’

Artikel Berkaitan: Nabil Mahir Tak Bagi Ayda Jebat ‘Ikat Peranakan’ Sebab…

Terbaru, Ayda berkongsi mengenai keadaannya selepas 24 jam bersalin.

Boleh buang angin

Menurut Ayda, akhirnya dia boleh membuang angin dan makan selepas 24 jam. Tambah pelantun suara ‘Temberang’ ini, dia tidak sabar untuk menikmati sarapan pagi, hari ini kerana sudah berasa lapar. Ujarnya lagi, sarapan tersebut merupakan juadah pertamanya selepas bersalin.

After 24 hours Mommy finally dapat kentut, punya la lama tunggu. Huaa! then only boleh makan! Can’t wait to have my breakfast, my first meal selepas beranak. Lapar ooo.

Pada masa yang sama, Ayda berkata, dia sudah merindui anak pertamanya iaitu Nayla. Jelasnya lagi, dia tidak sabar untuk melihat reaksi Nayla apabila berjumpa adiknya nanti.

Dah rindu Baby @ananaylaofficial my forever baby ni. Tak sabar nak bawak your little brother jumpa kakak dia! Nak tengok reaction dia. Aaa.. Kakak kiut and manja.

Sumber: Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×