Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir peminat yang ‘terlebih mesra’ dan secara tiba-tiba menyentuh fizikalnya tanpa meminta kebenaran.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Terkedu Dengan Ragam Peminat, Jumpa Terus Cium Pipi – ‘Nak Buat Apa Kalau Macam Ini?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Pandai & Tak Suka Masak’ – Ayda Jebat Selesa Jadi Diri Sendiri
‘Common sense’
Ayda atau Nur Suhada Jebat, 32, turut berkongsi insiden yang berlaku baru-baru ini apabila ada seorang lelaki secara tiba-tiba mengambil gambarnya dan wanita yang melaga pipi tanpa meminta izin.
Mengakui tidak berasa selesa dilayan sedemikian, Ayda amat menekankan tentang adab ketika mahu menegur seseorang.
Saya berdepan dengan pelbagai situasi ketika berjumpa dengan peminat. Saya sudah boleh baca ragam peminat, cuma mungkin sejak kebelakangan ini sikap segelintir yang sedikit kurang adab.
Ada seorang lelaki sedang berjalan dan tiba-tiba berhenti depan muka dan terus ambil gambar saya kemudian berlalu pergi. Situasi itu buat saya terkedu, saya terfikir dia itu peminat atau bukan.
Selain itu, ada juga wanita datang kepada saya beri salam kemudian terus laga pipi. Saya jadi timbul rasa serba salah, mungkin dia sayang saya namun dalam masa sama kenapa tak minta kebenaran.
Saya harap dengan kenyataan ini, selepas ini orang di luar sana akan lebih faham yang saya kurang selesa apabila diperlakukan begitu. ‘Common sense’ sangat penting. Batas perlu ada walau perempuan dengan perempuan.
Ayda berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.
Ragam peminat
Dalam pada itu, pelantun lagu Memerang ini berkata, dia melihat perbezaan ragam peminat yang begitu ketara apabila kemajuan teknologi semakin kehadapan.
Semakin maju teknologi, orang ramai semakin hilang ‘commao sense’ atau adab. Dulu ada berlaku ragam peminat yang pelbagai, tetapi kurang. Tidak sama dengan zaman sekarang.
Kalau dulu emosi saya tak terganggu, kalau sekarang nak keluar rumah pun fikir macam-macam, jadi tidak selesa dan takut pun ada. Dulu peminat lebih pemalu dan segan.
Tidak hanya dirinya, isteri kepada Nabil Mahir ini berkata, anak sulungnya iaitu Ana Nayla turut menjadi ‘mangsa’ peminat melepaskan keterujaan.
Saya juga perasan sekarang ini, orang lebih teruja apabila berjumpa dengan anak sulung saya. Kalau jumpa di luar, orang akan mahu terus cium dia. Saya takut kalau cakap nanti dikira bersikap kasar, jadi saya terdiam dan kata ‘maaf ya’.
Mungkin mereka terlalu teruja cuma tak boleh kawal. Saya amat menghargai setiap kasih sayang yang mereka berikan kepada saya.
Untuk rekod, Ayda selamat diijab kabulkan bersama pasangan pilihannya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021 dan cahaya mata kedua, Aali Mateen pada 12 Disember 2023.