berita

Ayda Jebat Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Mommy & Dadaa Tengah Back To Zombi World’

December 12th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, pagi tadi. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Nabil Mahir Tak Bagi Ayda Jebat ‘Ikat Peranakan’ Sebab…

Alhamdulillah

Menerusi perkongsian di Instagram, Ayda memberitahu dia selamat melahirkan cahaya mata keduanya, hari ini. Ujar pelantun suara ‘Pencuri Hati’ itu lagi, dia bersyukur segala urusannya untuk bersalin dipermudahkan. Ayda turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian. 12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen mengucapkan tahniah buat Ayda dan Nabil. Netizen turut meluahkan rasa teruja melihat foto tangan bayi yang dikongsikan pasangan tersebut.

Awal pagi tadi, Ayda dan Nabil dilihat memuat naik sekeping foto tatkala sudah berada di hospital. Mereka memohon doa daripada netizen agar urusan bersalin dipermudahkan dan bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Sumber: Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×