berita

Nabil Mahir Tak Bagi Ayda Jebat ‘Ikat Peranakan’ Sebab…

October 12th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menangis terharu selepas mendengar jawapan daripada suaminya, Nabil Mahir yang tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) iaitu ‘mengikat peranakan’.

Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Tak Selesa Perut Disentuh – ‘Tengah Hamil Saya Sensitif Makcik-Makcik Raba’

Artikel Berkaitan: ‘Untuk Anak Kedua, Saya Pilih Czer Lagi’ – Ayda Jebat

Artikel Berkaitan: Ayda & Nabil Bakal Timang Bayi Lelaki, Umum Jantina Anak Kedua Dalam Muzik Video

‘I will always love you’

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat, bercadang untuk mengikat peranakan selepas mempunyai sepasang cahaya mata. Namun begitu, Nabil tidak mahu Ayda melakukan hal sedemikian kerana dia tidak kisah memiliki ramai zuriat.

Baru 2 hari lepas saya tanya Nabil ‘dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby lagi kalau ada rezeki?’ Nabil jawab, ‘Tak nak ikat.’ Saya kata ‘Wow! Nak berapa ramai?’.

Nabil cakap ‘2 pun alhamdulillah cukup, tapi tak payah ikat. Nanti kalau I tiada, kalau you kahwin lain mana tahu suami baru nak ada anak dengan you..’

Lebih tersentuh, Nabil turut berkata dia tidak mempunyai masalah seandainya Ayda mahu berkahwin lagi sekiranya dia sudah meninggal dunia. Tambah Nabil, pasti lelaki tersebut mahukan zuriat bersama kelak.

Sis pun terdiam. Lepastu pura-pura ketawa (dalam hati nangis banjir) macam mana dia boleh fikir macam itu. I will always love you.

Menurut Ayda, dia menahan air mata sebaik sahaja mendengar penjelasan Nabil. Jelasnya lagi, dia tidak terlintas bagaimana suaminya boleh berfikiran seperti itu.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×