berita

‘Untuk Anak Kedua, Saya Pilih Czer Lagi’ – Ayda Jebat

September 27th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dia bakal melahirkan anak keduanya pada Disember depan dengan kaedah pembedahan atau Caesarean.

Artikel Berkaitan: Ayda & Nabil Bakal Timang Bayi Lelaki, Umum Jantina Anak Kedua Dalam Muzik Video

Memilih untuk Czer

Menurut Ayda, 32, berkata pengalaman melahirkan anak pertama dengan Caesarean atau Czer memberikan momen indah, biarpun ia dianggap kaedah yang menyakitkan bagi para ibu di luar sana.

Selepas melahirkan anak sulung menggunakan kaedah Czer, saya alami momen indah biarpun ada yang beritahu akan rasa sakit dan susah hendak dijaga.

Sebenarnya, itu tidak betul. Mengikut pengalaman, Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Jadi, untuk anak kedua, saya pilih Czer lagi.

Bagaimanapun, setiap wanita berbeza kesan ke atas diri mereka.

Kata ibu kepada seorang anak itu, suaminya iaitu Nabil Mahir, 35, sudah mempunyai pengalaman menguruskan anak dilahirkan secara pembedahan.

Tambah Ayda lagi, dia bersyukur mampu menjalani rutin harian seperti biasa dan melaksanakan kerja dengan baik.

Untuk kehamilan kedua ini boleh dikatakan saya lebih aktif. Ketika hamil anak pertama, saya tidak mahu kerja langsung. Kali ini, saya boleh buat pelbagai perkara termasuk pergi ke Taiwan.

Kali ini, saya sudah dapat momentum dan tahu sama ada perkara yang ingin dilakukan bahaya atau tidak.

Dalam pada itu, Ayda memberitahu dia merancang untuk melahirkan anak kedua pada 1 Januari 2024, iaitu sama hari dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun, hajat itu tidak dapat dituruti kerana dia menggunakan kaedah Czer.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia dua tahun.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×