Dua tahun melayari bahtera rumah tangga, timbul pula dakwaan yang mengatakan pelakon Ayda Jebat berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir kerana mengejar kekayaan.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Mentua Tak Bagi Masak, Kemas Rumah Pembantu Buat’ – Ayda Jebat
Kenapa masih bekerja?
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ayda, 30, menyatakan dia selesa keluar bekerja demi mencari rezeki hasil titik peluh sendiri.
Kata pemilik nama Nur Suhada Jebat, sehingga ke hari ini, setiap apa yang diinginkan, pasti dibeli dengan wangnya sendiri.
Ramai yang tanya kenapa susah-susah nak kerja, duit suami kan ada. Laa kalau saya nak habiskan harta suami, suka hati saya la ya. Saya pilih untuk ada duit sendiri juga.
Jadi saya boleh beli macam-macam tanpa rasa bersalah. Saya tak suka meminta-minta. Tutup mata saja terus beli berdozen.
Bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hati tidak menolak ada kebaikannya memilih pasangan yang memiliki masa depan cerah.
Pilih suami berduit bagus tapi lagi bagus diri sendiri pun ada duit. Barulah give and take, anniversary boleh beli hadiah best. Tak ada la guna duit suami juga beli hadiah untuk suami.
Banyakkan sedekah
Sementara itu, adik kepada Ayda iaitu Sabira Jebat berkata kakaknya seorang yang ‘workaholic’ sejak sebelum berkahwin lagi.
Dedahnya, pelakon drama Cindai itu sudah mempunyai enam buah kereta selain membelikan rumah untuk ibu mereka, Rohana Mohamed.
Sekadar info, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.
Sumber: Instagram @aydajebat