Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Positif Covid-19 – ‘Saya Tak Alami Simptom Teruk, Sakit Tekak Sahaja’
Artikel Berkaitan: Ana Nayla Jadi Duta Produk, Ayda Jebat Rancang Kewangan Masa Depan Anak – ‘Semua Bayaran Disimpan Dalam Akaun Bank’
Hamil 5 bulan
Ketika ditemui OhBulan!, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada mengumumkan berita gembira tersebut bersama suami tercinta, Nabil Mahir.
Kata Nabil, usia kandungan Ayda kini sudah memasuki lima bulan.
Kami sebenarnya sudah bekerjasama, bersusah payah dan berpeluh untuk mendapatkan cahaya mata kedua.
Alhamdulillah Ayda hamil anak kedua.
Kandungan Ayda sudah memasuki lima bulan.
Ayda dan Nabil berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama Bukan Cinta Sempurna yang diadakan di Pavilion, pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati juga menyatakan dia dijangka bersalin pada hujung tahun ini.
Insya-Allah tahun ini juga saya akan bersalin.
Terdahulu, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.