Pelantun suara ‘Hanya Di Mercu’ iaitu Ayu Damit memberitahu dia masih meneruskan aktiviti seni seperti biasa selepas bersalin anak keempat pada 2 Disember, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Dua Kali Tak Datang Period…Rasa Pelik’ – Ayu Damit Tak Sedar Hamil Anak Keempat
Tangguh pelajaran satu semester
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, bersyukur apabila masih menerima undangan untuk melakukan persembahan selepas selesai urusan berpantang.
Saya masih aktif dan meneruskan aktiviti seperti biasa. Banyak terima undangan show dan sebagainya.
Bercerita lebih lanjut, Ayu yang juga penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif memberitahu dia mengambil cuti rehat dan menangguhkan pelajaran untuk satu semester berikutan bersalin anak keempat.
Saya cuti dan tangguh satu semester. Saya akan kembali belajar di Aswara pada bulan September ini.
Disoal mengenai siapa yang menjaga anaknya yang masih kecil ketika keluar bekerja, Ayu berkata, dia dan suami bergilir-gilir menjaga anak mereka.
Seperti biasa dari anak pertama sampai yang sekarang ini memang kami akan bergilir-gilir jaga. Kalau saya ada show, suami yang akan jaga mereka. Kalau suami ada kerja, saya yang tengok mereka.
Kami ambil keputusan macam itu sebab pernah terjadi pembantu rumah tinggalkan anak di rumah dan dia melarikan diri ketika saya dan suami keluar bekerja.
Apabila jadi macam itu, saya agak taruma untuk berikan anak-anak kepada penjaga.
Diusik sama ada mempunyai lagu baru atau tidak sempena tahun 2024, Ayu memberitahu buat masa ini belum ada lagi.
Buat masa sekarang belum ada lagi lagu baru atau projek baru daripada saya. Saya mahu fokus dengan Baby Rara. Insya-Allah selepas raya saya akan buat perancangan balik untuk kerjaya.
Di akhir temu bual, OhBulan! bertanya mengenai aktiviti perniagaan menjelang bulan Ramadan nanti.
Sama seperti setiap tahun, Ayu akan aktif berniaga. Tahun ini pun Ayu masuk beberapa event bulan puasa termasuklah Starvendor dan event-event yang lain.