berita

Azab 30 Minit Tangan Tersepit Di Escalator, Ibu Bapa Tolong Pantau Aktiviti Anak Di Pasaraya!

January 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang bayi lelaki terpaksa berdepan detik ngeri apabila pergelangan tangan kirinya tersepit di tangga bergerak di sebuah pasar raya Kota Bahru, Kelantan semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, bayi berusia setahun empat bulan itu terpaksa menahan sakit lebih setengah jam sebelum berjaya dibantu oleh orang awam dan pihak penyelenggaraan pasar raya.

Bermain pemegang tangga bergerak

https://www.facebook.com/FanClubKgBohorBaruBera/videos/467411967477675/

Kejadian yang berlaku pada 6.35 petang itu, dipercayai bermula apabila bayi lelaki tersebut sedang bermain pemegang tangga bergerak. Sewaktu insiden itu berlaku, bayi itu dijaga oleh bapanya manakala, ibunya pula sedang berurusan di dalam sebuah kedai dalam pasar raya berkenaan.

Sebaik sahaja menyedari bayi itu tersepit, orang awam dan beberapa pekerja pasar raya itu bergegas untuk memberikan pertolongan. Orang awam, segera menutup suis tangga bergerak dan lebih dari setengah jam pihak penyelenggaraan berjaya mengeluarkan tangan bayi itu. Setakat ini, bayi tersebut berada dalam keadaan yang stabil selepas diberikan rawatan di sebuah hospital.

Jadikan pengajaran buat kita

Menurut netizen, ibu bapa perlu mengambil langkah berhati-hati semasa membawa anak ke pasar raya. Ini kerana, pelbagai kejadian yang tidak diingini mampu berlaku tanpa disedari. Di samping itu, netizen turut berharap sistem keselamatan tangga bergerak dinaik taraf.

Sumber: Harian Metro & Kg Bohor, Bera

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×