berita

Azad Jasmin Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Gara-Gara Emas

August 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Azad Jasmin

Pelawak dan pelakon Azad Jasmin mendedahkan dia pernah bermasam muka dengan isterinya yang juga aktres Eira Syazira hanya kerana mahu membeli dan melabur emas.

Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Pakai Dah Tercabut, Azad Jasmin Kritik Gelang Peranti Pengawasan Digital Balik Umrah

Artikel Berkaitan: Pagar Rumah Roboh Kena Langgar Pemandu Mabuk, Azad Jasmin ‘Mengamuk’

Bermasam muka kerana emas

Azad Jasmin

Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jefri, berkata ketika dia menyampaikan hasrat tersebut kepada Eira, isterinya tidak bersetuju kerana bimbang akan menjadi mangsa penipuan atau scammer.

Jujurnya saya memang pernah ditipu sebelum ini dengan kerugian yang banyak juga, jadi saya faham bila Eira tarik muka dan tidak bersetuju pada awalnya.

Saya cuba yakinkan dia dan Alhamdulillah bila dia nampak saya bawa balik emas itu dalam bentuk fizikal dia mula senyum.

Azad berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangi perjanjian persahaman (MoU) Quantum Metal (QM) Sdn Bhd dan Semboyan Malaysia di Petaling Jaya, pada Sabtu.

Masa depan keluarga

Azad Jasmin

Tambah aktor berusia 47 tahun itu lagi, tujuan dia melabur emas adalah sebagai satu bentuk simpanan untuk masa depan dirinya dan keluarga.

Dalam masa sama, Azad yang juga artis QM berkata, dia turut mengambil iktibar daripada kesilapan lalu dan membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengenai pelaburan yang diceburi termasuk berjumpa dengan pihak Semboyan Malaysia.

Saya jumpa sendiri dengan Pengerusinya, Yusof Azmi, maklumlah Semboyan satu badan yang banyak membantu kes mengenai penipuan dan scammer termasuk pelaburan emas.

Jadi saya jumpa untuk bertanya mengenai syarikat QM ini dan kami turut serta berjumpa dengan pengasasnya sendiri, Datuk Lim Khong Soon.

Bila jumpa semua soalan yang ditanya boleh dijawab dengan jelas dan memberikan gambaran boleh percaya kepada kami semua.

Melanjutkan bicara, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, orang ramai yang berminat perlu menggunakan saluran yang betul dan mendapat maklumat tepat agar tidak tertipu.

Lantaran itu, Azad berkata usaha Semboyan mengadakan kerjasama dengan QM satu langkah yang baik dalam memberikan saluran yang betul kepada orang ramai untuk melabur emas.

Kita faham ramai yang cari alternatif untuk menjana pendapatan malah ramai yang janji bulan bintang tapi pastikan ia realistik.

Pada saya, emas ialah pelaburan yang tepat kerana sentiasa ada nilai sampai bila-bila.

SKIP THIS AD ×