berita

Azee Paling Menyerlah, Diramal Juara Mentor Otai 2018?

April 9th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pada persembahan minggu ketiga Mentor Otai malam tadi, masing-masing nampaknya sudah mula menunjukkan ‘bisa’ tersendiri. Dimulai dengan persembahan pembukaan yang sungguh bertenaga dan mantap daripada AJ, Elvira yang berada di kedudukan tercorot minggu lepas juga kelihatan menebus kembali kesilapan.

Paling mendapat perhatian adalah persembahan memukau daripada protege Zarul Husin iaitu Azee. Fuh bukan je dapat markah yang tinggi, juri tetap pun puji!

Azee paling menyerlah, diramal juara?

Mempersembahkan lagu Menaruh Harapan nyanyian asal Zaiton Sameon, Azee diakui paling menyerlah dan mendapat komen positif daripada juri. Selain memperoleh 19 markah daripada juri awam, Edry KRU selaku juri tetap membuat jangkaan Azee bakal berentap di pentas akhir nanti. Edry juga secara ringkas happy dan merasakan penyanyi professional pun belum tentu dapat buat sebaik Azee.

Di Twitter, penonton turut membuat ramalan Azee bakal dinobatkan sebagai juara dek kerana mutu persembahan dan vokal yang mantap tiga minggu berturut-turut. Fuh memang sangat merdu, kami dengar pun meremang!

Persembahan yang memukau

Sementara itu, protege Misha Omar, Azran nampaknya tidak bernasib baik apabila tersingkir selepas 3 minggu berentap. Sekaligus menjadikan Misha Omar dan Siti Sarah masing-masing hanya mempunyai seorang sahaja peserta lagi.

Irwan beri saingan sengit

Buat mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi bermula pada 23 Mac atau di portal video nombor satu negara, tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×