Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, Azeva Natassha tidak dapat menyorokkan rasa kegembiraan apabila dapat satu pentas bersama ibu dan bapanya, Ameng.

Artikel Berkaitan: ‘Selepas Cerai, Ini Kali Pertama Saya & Azeva Satu Pentas Dengan Ameng..Tuhan Pertemukan Semula Kami Sekeluarga’ – A Aida

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sewaktu Koma Itu Sama Ada Mati Atau Tidak, Tapi Ibarat Saya Berada Antara 2 Alam’ – A Aida

Syukur

View on Threads

Dalam satu perkongsian penuh emosi, Azeva mengenang kembali detik-detik apabila hampir kehilangan figura seorang bapa selepas ibu bapanya berpisah.

Saya bersyukur dapat atas pentas bersama dengan kedua-dua ibu bapa saya.

Sedih sangat, sebab saya dulu dah kehilangan seorang ayah dari umur tiga tahun, sekarang baru bersama semula.

Saya juga hampir kehilangan mama masa bulan lapan tahun lepas, masa mama masuk ICU 3 hari, flat line 9 kali dan doktor kata mama dah 99.9 peratus gone.

Mengulas lanjut, Azeva berkata dia bersyukur apabila dikurniakan peluang kedua untuk bersatu kembali bersama ibu bapanya.

Saya faham malam itu memang momen yang sedih untuk kami semua tapi Allah SWT kasi kami sekeluarga peluang kedua.

Alhamdulillah.

Sumber: Threads