Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pempengaruh media sosial Azfar Heri memuat naik foto menerima satu plastik yang berisi ‘salted peanuts’ ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS), baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Senang Azfar Heri Dapat ‘Sekampit’ Kacang MAS, Zarul Umbrella Bagi Respon – ‘Paling Banyak Pun Dapat Lima Pek’
Minta maaf
Tidak mendiamkan diri, Azfar tampil memohon maaf menerusi bebenang di Twitter miliknya, pada Rabu. Azfar mengakui kesilapannya memuat naik foto tanpa berfikir panjang kesan yang bakal ditanggung oleh pramugari tersebut.
Kata Azfar lagi, dia sejujurnya tidak tahu tentang prosedur operasi standard (SOP) di mana anak kapal tidak boleh memberi kacang dalam kuantiti yang banyak kepada penumpang.
Pramugari kena buang kerja?
Tambah Azfar, dia kini sedang mengenal pasti kesahihan kenyataan yang mendakwa pramugari tersebut berisiko berdepan tindakan tatatertib.
Jelasnya, dakwaan itu timbul daripada dua pemilik akaun yang berbeza namun telah dipadam ciapan tersebut. Bagaimanapun, Azfar menggesa agar kedua individu terbabit tampil memberi kerjasama untuk kenalpasti sumber kenyataan itu dengan pihak MAS.
Susulan itu, Azfar tidak akan memberi sebarang komen mengenai isu ‘termination’ buat masa kini kerana masih belum menerima kenyataan rasmi daripada pihak MAS sendiri.
Sebelum ini, Azfar membuat ciapan di Twitter meluahkan rasa gembira apabila menerima sekitar 30 pek kacang ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Perbuatannya itu turut menarik perhatian penyanyi Zarul Umbrella yang merupakan bekas pramugara MAS untuk menjelaskan tentang SOP.
Sumber: Twitter @Azfarheri