berita

Azhan Rani Bahagi Masa Jaga Ibu Sakit, Lakonan Tetap Diteruskan

July 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Azhan Rani

Pelakon Azhan Rani berkongsi keadaan ibunya yang masih dirawat di hospital selepas didapati jatuh ketika berada di rumah.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Persenda Peminat, Azhan Rani Mohon Maaf Isu Terlepas Pandang Baca Komen

Jalani rawatan fisioterapi

Azhan Rani

Menurut Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani berkata dia dan adiknya bergilir-gilir menjaga ibunya yang berusia 77 tahun itu.

Mak saya tengah uzur. Saya jaga dia malam dan siang adik saya yang akan jaga dia di wad.

Saya sentiasa berharap dia boleh kembali seperti dulu. Tetapi dalam keadaan sekarang sangat susah kerana umurnya, dia tak akan segagah dulu.

Dalam pada itu, aktor berusia 47 tahun ini memaklumkan ibunya kini sedang menjalankan rawatan pemulihan dan fisioterapi.

Sekarang ini mak saya tak boleh berdiri, bangun atau berjalan seperti dahulu lagi, dia kena diuruskan dan perlu lebihkan masa untuknya.

Dia jatuh dekat rumah dan sebelum ini pun dia pernah jatuh juga. Dia sekarang tiada selera makan dan berat badan pun makin susut.

Azhan berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama Budak Hostel Otaknya Sewel yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, pelakon drama Nur ini berkata dia perlu bijak membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga sebagai pelakon.

Emosi bercampur baur itu memang ada, antara membawa watak dan diri sendiri ia memang dua emosi yang berbeza.

Bila dah lama-lama saya dah boleh menyesuaikan diri, sampai saya rasa bila saya jaga mak saya rasa macam berlakon.

Tawaran lakonan mengikut keadaan ibu saya juga, tetapi saya tak boleh kalau tak bekerja. Bergantung kepada respon ibu saya kalau keadaan dia baik jadi saya boleh terima tawaran lakonan di lokasi yang jauh dan yang mengambil masa lama.

SKIP THIS AD ×