Sebelum ini, viral mengenai di media sosial mengenai kisah pelakon, Fasha Sadha yang cedera di bahagian mata ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem bersama pelakon Azhan Rani di Johor.
Artikel berkaitan: Tulang Mata Kiri Patah, Bebola Mata Bengkak & Berdarah, Fasha Sandha Jatuh Di Set Penggambaran
Artikel berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani
Artikel berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani
Susulan itu, Fasha dikejarkan ke sebuah hospital di Johor Bahru sebelum dipindahkan ke hospital pakar di ibu kota.
Emosi aku tak penting pun
Terbaharu, Azhan dilihat kembali bersuara selepas terdapat sebuah akhbar tempatan menulis tajuk yang seolah-olah menyalahkan dirinya.
Dah headline tulis macam tu aku nak cakap apa lagi. Aku sendiri belum bagi apa-apa kenyataan. Buat masa ini, emosi, hati, perasaan aku tak penting pun.
Dalam pada itu, Azhan berdoa agar Fasha diberi kesembuhan dan reda dirinya menjadi sasaran netizen.
Aku cuma minta sama-sama kita jangan putus doa untuk dia. Moga kecederaan yang ditanggungnya semakin pulih dan kembali seperti dulu.
Yang dah jadi telah pun jadi. Macam aku katakan haritu lepaskan saja emosi kamu semua pada aku kalau itu boleh melegakan kamu semua tapi mohon sama-sama mendoakan untuk Fasha Sandha agar dia cepat sembuh.
Biarlah segala kenyataan itu nanti dijelaskan tuan punya badan terlebih dahulu. Berilah ruang pada dia untuk dapatkan rawatan terbaik terlebih dahulu.
Sumber: Azhan Rani