Seperti yang kita tahu, pelakon Azhar Sulaiman sering menjadikan media sosial seperti Instagram (IG) sebagai satu platform untuk menegur anaknya, Kasih Iris Leona setiap kali anaknya itu menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Leona Dikecam Pakai Kostum ‘Bunny’ Nampak Lurah, Azhar Sulaiman ‘Back Up’ – ‘At Least Dia Dah Sampai Sana & Lihat Sendiri Pembulian Abdi Israel’
Kena slim, fit dan sihat
View this post on Instagram
Terbaharu, Azhar yang lebih mesra dipanggil Behar memuat naik hantaran meminta anaknya Leona untuk menjaga pemakanan harian selepas berat badan dilihat makin bertambah.
Menurut Azhar, anaknya itu perlulah sentiasa kekal sihat dan cergas supaya bentuk badannya tidak terlalu ‘sihat walafiat’.
To my daughter Leona, kalau you tak mahu dengar cakap Daddy, at least you dengarlah cakap Jane Fonda.
Kena slim, fit dan sihat dan bukannya sihattt walafiyattt.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis, posting pelakon drama ‘Budak Tebing 3’ tersebut telah meraih lebih 1100 tanda suka dan lebih 130 komen dari netizen.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mempersoal teguran Azhar terhadap Leona mengenai berat badan anaknya itu.
Menurut mereka, Azhar sepatutnya lebih menitikberatkan mengenai perihal agama memandangkan banyak kontroversi melibatkan gadis jelita itu sejak akhir-akhir ini.
Sumber: Instagram