Pelakon Azhar Sulaiman meletakkan beberapa syarat kepada anak perempuannya, Kasih Iris Leona sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Luah Rasa Sedih Lihat Ramai Yang Bercerai – ‘2024 Tahun Yang Buruk Kepada Ramai Selebriti’
Artikel Berkaitan: ‘Leona Mungkin Dah Dapat Apa Yang Dia Nak Sehingga Mahu Kahwin Pada Usia Muda’ – Azhar Sulaiman
Syarat buat bakal suami Leona
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Azhar mengakui tidak kisah sekiranya anak perempuannya itu mahu mendirikan rumah tangga pada usia yang muda, namun bakal suaminya itu perlu mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan olehnya.
Happy New Year Mekna (Leona).
Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, tak apa. Tolong pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok terutamanya dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan muzik bergenre Rave.
Bukan itu sahaja, aktor itu juga memberitahu kepada Leona bahawa bakal suaminya itu juga perlu mendapat restu daripada dua adik-beradiknya yang lain iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin.
Mesti diterima oleh The High Council iaitu Kasih & Rees juga.
Dengan Mommy mungkin senang lulus test tapi dengan kami bertiga, lain.
Sebelum ini, Leona pernah memberitahu kepada umum bahawa dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan selain mahu menjadi isteri sepenuh masa meskipun usianya baru mencecah 22 tahun.
Sumber: Facebook Azhar Sulaiman