Penyanyi Azharina mendedahkan dia mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga muntah dan pening kepala sejak seminggu lalu.
Artikel Berkaitan: Nyanyian Dikritik Sedikit Sumbang, Azharina Dedah Ada Masalah Kesihatan – ‘Ada Benda Yang Saya Tak Perlu Heboh’
Artikel Berkaitan: Pengalaman Dikritik Teruk Buat Sissy Imann Faham Perasaan Azharina – ‘Segala Yang Berlaku Di Atas Pentas Bukanlah Semberono’
Didiagnos oleh doktor
Ketika ditemui OhBulan!, Azharina berkata masalah kesihatan itu berkemungkinan berlaku disebabkan waktu rehat yang tidak mencukupi.
Malah, dia juga tidak dapat menghadirkan diri sewaktu sesi latihan dan raptai bagi konsert minggu kesembilan, All Stars Gegar Vaganza.
Daripada hari isnin minggu lalu saya memang tidak sihat, saya ada masalah kesihatan yang teruk. Muntah-muntah sampai la pagi Ahad, rasa pening. Bila makan ubat, badan reject ubat itu. Saya muntah-muntah itu mungkin salah satunya tidak cukup rehat.
Bila tak sihat, saya tak dapat hadir sesi raptai. Kalau penonton lihat persembahan saya itu tanpa latihan dan rehearsal. Alhamdulillah syukur, saya dapat lakukan persembahan dengan segala tenaga yang ada dalam badan.
Azharina memaklumkan mengenai perkara ketika ditemui pada sesi sidang media konsert mingguan All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Dalam pada itu, pelantun lagu Elegi Sepi itu turut mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan sehingga 5 kilogram.
Saya juga turun berat badan. Sebenarnya sejak masuk GV berat saya mula turun dan sekarang semakin menurun.
Baju-baju saya terpaksa di alter untuk kecilkan sedikit. Bahagian peha dan kaki. Doakan saya sihat. Banyak juga turun, lebih daripada 5 kg berat saya hilang.
Ketika diminta mengulas mengenai sakit yang dialami, Azharina bagaimanapun enggan memperincikan sakit tersebut.
Saya tidak mahu ulas lanjut kerana saya masih dalam pertandingan, saya tidak mahu mencuri tumpuan melalui karier orang lain mahupun karier saya disebabkan sakit ini.
Saya tidak mahu ambil ‘light’ dari program ini. Saya belum bersedia nak kongsi sakit saya. Insya-Allah bila tiba waktu yang sesuai saya akan beritahu.
Sakit ini saya tahu sebelum saya masuk GV lagi, jadi sebab itu saya tidak mahu komen lebih. Biar saya fokus dengan program ini, itu yang saya kata dengan doktor.
Ini bukan sakit misteri, ini sakit berbahaya yang sudah didiagnos oleh doktor.
Sementara itu, ketika disoal adakah sakit yang dialami mempunyai unsur misteri, Azharina menjawab ‘no komen’.