Baru-baru ini, nama pelakon dan penyanyi jelita Azira Shafinaz menjadi buah mulut netizen kerana penampilannya yang agak seksi.
Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Kena Kecam Lagi, Netizen Sakit Mata Tengok Fesyen Pakai Bra Dekat Luar
Artikel Berkaitan: Kami Minta Maaf Pakai Baju Mencolok Mata – Dolla
Doakan saya
Ketika ditemui OhBulan!, Azira enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut kerana bimbang disalah tafsir oleh segelintir pihak.
Kata Azira, 30, dia menyedari penampilannya itu agak kurang senang untuk dipertonton kepada umum.
Saya sebenarnya tidak ada komen pun berhubung isu itu. Sebab kalau saya berikan komen, netizen akan salah anggap dan buat spekulasi lain pula.
Tapi bagi saya sendiri, saya faham dan sedar mungkin penampilan saya tak bersesuaian untuk semua pihak.
Saya sentiasa doa agar satu hari nanti saya akan berubah ke arah lebih baik. Harap peminat boleh doakan sekali.
Azira berkata demikian sejurus usai pra tonton drama terbaharu berjudul One Cent Thief, pada Selasa.
Selain Azira, One Cent Thief turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Amerul Affendi, Sofia Jane, Aghonderan Sahadevan dan Fabian Loo.
Artis pun ada hati
Tambah pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan, dia sememangnya tidak selesa apabila sering dihujani dengan komen yang tidak baik.
Nak cakap selesa itu, sudah tentu kita pun ada rasa tak selesa bila orang panggil you dengan perkataan yang tidak baik. Tapi inilah lumrah jadi artis, kita kena hadap benda ni.
Memang dari dulu lagi, kalau pakai tudung pun ada juga salah, tak pakai lagi la. Saya tidak cakap pemakaian saya itu betul, tapi doakan yang terbaik untuk saya.
Dalam pada itu, pelakon filem Talbis Iblis menyatakan dia akan berusaha untuk memperbaiki diri selepas ini.
Terdahulu, foto ahli kumpulan DeFam memakai dress pendek yang ketika menyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini di Bangkok, Thailand mengundang kritikan netizen.
Sumber: Instagram