Selepas dikecam memakai tindik dan tidak menjaga batas pergaulan, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menuai perhatian netizen apabila berkongsi beberapa keping foto ketika berada di Dubai.
Artikel Berkaitan: Batas Pergaulan Tidak Dijaga, Fesyen Masya Masyitah Dikecam Netizen
Artikel Berkaitan: Masya Masyitah Suka Tengok Trend Fesyen, Jawab Isu Bertindik Di Hidung
Pakai coli dekat luar?
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Masya seakan tidak serik apabila tampil dengan imej tidak senonoh dan pelik. Penyanyi berumur 22 tahun itu mengenakan ‘jumpsuit’ yang dipadankan dengan baju ‘turtleneck’ berwarna kelabu.
Namun, yang membuatkan warganet ‘sakit mata’ adalah pakaian itu yang didakwa kelihatan seperti bra yang dipakai di bahagian luar.
Malu tengok
Penampilan itu dianggap tidak sesuai untuk wanita berhijab dan semestinya menerima kritikan ‘pedas.’
Rata-rata netizen meluahkan rasa malu melihat perubahan pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, yang sudah tersasar jauh.
Selain itu, ada juga menyuruh Masya untuk mencontohi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa peka dengan sensitiviti orang ramai.
Hasil pemerhatian OhBulan!, Juara Ceria Popstar Musim Kedua itu bertindak memadam posting tersebut selang beberapa jam dikongsikan.
Sumber: Instagram @masyitah_masya