Selepas teruk dikecam kerana berpakaian seksi di festival Good Vibes Weekender, kumpulan Dolla tampil memohon maaf secara terbuka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Seksi Dolla Kena Kecam, Netizen Banding Dengan Penyanyi Korea CL Pakai Jaket Labuh
Artikel Berkaitan: ‘Pihak Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan, Tugas Dolla Hanya Buat Persembahan’ – Sabronzo
Cuba tidak ulangi lagi
Ketika ditemui OhBulan!, Dolla mengaku terlepas pandang soal pemakaian kerana terlalu memikirkan persembahan.
Sebenarnya kami lebih risaukan persembahan kerana ia peluang pertama kami beraksi pada acara itu. Jadi, banyak lagi eleman yang nak fokus dan terlepas pandang.
Kami minta maaf dan akan belajar untuk tidak mengulanginya lagi.
Dolla ditemui pada Majlis Pelancaran Single Duet bersama Naim Daniel dan Video Muzik lagu Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat, di Auditorium Symphony Square, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Belajar dari kesilapan
Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya, berkata mereka akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Agak terkejut dengan reaksi ramai tetapi kami memilih untuk move on dan menjadi individu lebih baik.
Kami belajar daripada kesilapan dan kami juga akan lebih berhati-hati dalam aspek penampilan selepas ini.
Dalam pada itu, Dolla memberitahu busana mencolok mata yang digayakan mereka itu merupakan hasil pemilihan daripada penata gaya.
Sebelum ini, Sabronzo memaklumkan pihak pengurusan mereka, Universal Music akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.
Pada minggu lalu, anggota Dolla dilihat menggayakan empat gaya berbeza yang seksi. Ada segelintir netizen yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang mengenakan jaket hitam labuh.
Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.