Penyanyi Aziz Harun meluahkan rasa kesal apabila sekali lagi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reaksi Anak Perempuan Syamel & Ernie Curi Perhatian, Tersipu Malu Dengar Ucapan Aziz Harun
Artikel Berkaitan: Tular Gambar Mata Lebam & Tangan Bergari, Alif Satar Pesan Orang Ramai Jangan Mudah Terpedaya Dengan Fitnah
Berita palsu
Aziz, 25, menegaskan dia tidak akan dipenjarakan seperti didakwa berita tersebut dan meminta bantuan semua pihak melaporkan atau ‘report’ akaun yang menyebarkan dakwaan itu.
Tiada yang baru, saya pernah menjadi mangsa tajuk berita palsu sebelum ini. Tetapi yang ini pasti mengambil perhatian.
Saya tidak akan dipenjarakan tetapi jika anda melihat iklan penipuan ini sila bantu laporkan.
Selamatkan ibu dan ayah saya daripada ketakutan. Sayang kamu semua, terima kasih.
Aziz berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi kelahiran Brunei itu turut menafikan dakwaan dia menggunakan bitcoin dan meminta semua orang berhenti bertanya perkara tersebut.
Saya tidak menggunakan bitcoin. Berhenti bertanya.
Sebelum ini, penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang menyunting gambarnya untuk tujuan menyebarkan berita palsu mengenai dirinya di laman sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Alif memuat naik paparan skrin memperlihatkan gambar dirinya dalam keadaan bergari dan mata lebam yang telah disunting.
Menganggap perkembangan teknologi masa kini satu perkara yang bagus, Alif bagaimana pun berkata ia telah disalahgunakan oleh segelintir pihak dengan bertujuan untuk menjatuhkan imej seseorang.
Sumber: Instagram