berita

Aziz M Osman, Puteri Lily Bercerai

August 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

aziz m osman cerai

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal aiitu Aziz M. Osman dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman sejak bulan lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Miera Liyana Sah Cerai Talak Satu, Tiada Sefahaman & Rasa Sayang Lagi!

Aziz M Osman bercerai

aziz m osman cerai

Pendedahan tersebut dibuat oleh Puteri Lily menerusi Instagram Stories (IGs). Menurut Puteri Lily lagi, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah antara dirinya dengan bekas suami di kemudian hari.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang bertanya status hubungan saya dan Aziz. Demi mengelakkan fitnah pada masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita saya dan Aziz sudah berpisah.

Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga. Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak.

Tambah Puteri Lily lagi, walaupun ikatan mereka berakhir namun ianya tidak menjejaskan hubungan mereka dengan anak-anak, Puteri Nur Azzahra, 11 dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Doakan anak-anak saya kuat emosi dan mental. Doakan urusan kami dipermudahkan. ‘I’m trying my best’ (Saya akan cuba yang terbaik).

Sebagai info, mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan perkahwinan ketiga buat Aziz.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×