berita

Aziz M. Osman, Puteri Lily Tidak Akan Bawa Isu Hak Penjagaan Anak Ke Mahkamah

August 15th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aziz M. Osman

Bekas isteri kepada pengarah, Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily menyifatkan anak sulung mereka, Puteri Nur Azzahra, 12,  seorang yang matang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cerai Jalan Terbaik, Perasaan Kami Lebih Tenang’ – Bekas Isteri Aziz M. Osman

Artikel Berkaitan: Aziz M Osman, Puteri Lily Bercerai

Anak matang

Aziz M. Osman

Tiada anak yang mahu melihat ibu bapa mereka bercerai. Saya tahu ia bukan satu perkara mudah untuk anak-anak.

Dia mesti melalui saat hidup yang sukar sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun (anak sulung).

Alhamdulillah, dia sangat matang. Dia beritahu saya tak mahu jadi selfish, apa yang terbaik untuk saya, dia kata teruskan.

Saya beritahu Aziz anak kami kata begitu, dia sendiri terkejut. Dengan usia begitu boleh kata sedemikian.

Anak nampak apa yang terjadi antara kami, mental health dia sangat penting. Cuma kami tidak akan aibkan mana-mana pihak.

Puteri Lily memaklumkan mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Puteri Lily yang juga seorang penerbit berkata, dia dan Aziz tidak akan membawa isu hak penjagaan anak ke mahkamah.

Kata Puteri Lily lagi, soal nafkah turut tidak menjadi masalah buat dia dan bekas suami.

Alhamdulillah, saya tiada masalah dengan Aziz untuk penjagaan anak-anak. Mereka boleh duduk ikut mana yang suka, nak duduk dengan saya boleh, nak duduk dengan Aziz pun boleh.

Saya tidak bawa hak penjagaan anak-anak ke dalam mahkamah, kalau Aziz kerja saya boleh jaga anak. Kalau saya kerja, Aziz boleh jaga anak.

Rumah kami berdua juga dekat, termasuk isu nafkah tiada masalah, semuanya okay, Allah permudahkan.

Sementara itu, disoal adakah akan berlaku kemungkinan untuk kembali bersama Aziz, Puteri Lily menegaskan hal itu tidak akan terjadi.

Tidak kot, saya selesa dengan keadaan sekarang, jadi ibu tunggal dan kawan baik Aziz. Saya masih uruskan syarikat bersama dia, cuma tidak boleh bersama. Saya hormat dia sebagai bapa kepada anak-anak saya yang baik.

Saya minta semua orang doakan yang terbaik untuk saya, Aziz dan anak-anak untuk terus kuat mental dan fizikal kami. Please move on.

Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.

Menurut Puteri Lily, pendedahan itu dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah antara dirinya dengan bekas suami di kemudian hari.

Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5.

Video

@melodiberapi Ramai yang terkejut dengan berita ini, tak ada angin tak ada khabaran tentang masalah mereka tahu2 dah bercerai.. jangan keruhkan keadaaan, kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.. #meloditv3 #cerai #fyp? #ceritaartismalaysia #fyp??viral ? original sound – Melodi

Sumber: TikTok Melodi

SKIP THIS AD ×