Pelakon dan pelawak Azizul Ammar mengakui kontroversi yang terpalit dengan dirinya berhubung isu mempersendakan nama pelari pecut, Watson Nyambek memberi kesan buruk kepada kerjayanya.
Artikel Berkaitan: Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Rasa Malu Jadi Ejen Insurans’ – Ammar Titan
Struggle untuk kembali
Ketika ditemui OhBulan!, Ammar berkata sejak kontroversi tersebut berlaku tawaran berlakon semakin berkurangan.
Saya akui selepas kontroversi yang terjadi tawaran yang diterima agak berkurangan. Saya terima perkara itu dengan hati yang terbuka, itu sebahagian daripada business entertainment.
Namun apa yang saya suka adalah perkara itu mengajar untuk bagaimana bertahan dalam industri agar kekal relevan.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Siapa Buka Lampu? yang diadakan di TGV, Pavilion Bukit Jalil, pada Rabu.
Berkongsi lanjut, Ammar memberitahu peristiwa tersebut menjadikan dirinya lebih matang dan peka dengan keadaan sekeliling.
Banyak perkara yang saya belajar daripada kejadian itu, kalau dari sudut kehidupan dan hubungan sesama manusia saya lihat orang akan ada dengan saya apabila ada benefit dengan mereka.
Tetapi ketika itu juga Allah akan usir orang yang tak sepatutnya ada dalam kehidupan kita. Ada kawan-kawan yang meninggalkan, memulaukan dan menghiraukan saya. Kawan-kawan yang dimaksudkan datang daripada rakan industri dan rakan sekolah.
Saya menjadi manusia yang lebih peka dan matang. Pada akhirnya perlu jaga diri sendiri.
Dalam pada itu, Ammar berkata tidak mudah untuk meyakinkan produser dan pengarah agar menerima kembali dirinya aktif dalam bidang lakonan.
Untuk menyakinkan orang perlu secara berdepan, saya tunjukkan apa yang saya boleh buat.
Saya ada juga mesej mana-mana produser untuk minta job, jika ada yang kata saya sangkak saya tidak kisah. Kerana itu bukan sangkak, saya mencari rezeki.
Berlakon adalah minat saya, tetapi apabila ada momen yang saya tidak boleh berlakon menyebabkan saya rasa gian.
Selain Ammar, filem Siapa Buka Lampu? turut dibintangi Punnagai Poo Gheeta, Tia Tavee, Qasrina Karim, Azhar Jalil, Bell Ngasri dan ramai lagi.
Siapa Buka Lampu? mula menerjah pawagam seleuruh Malaysia bermula 4 Julai 2024.