
Pelakon Azlan Komeng dan isteri, Nilam Ortiz membuat kenyataan rasmi mengenai penarikan diri dari produk lama di syarikat Nilam HQ.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nur Nilam ‘Shaking’ Terima Gambar Dewan Kahwin, Bakal Madu Teruja Cerita Persiapan Majlis – ‘Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak Duit Kot’
Artikel Berkaitan: ‘Dia Mahu Saya, Tapi Saya Pilih Isteri’ – Azlan Komeng Respon Isu Mesej Luc*h
Menjejaskan reputasi

Ketika ditemui OhBulan!, Nur Nilam berkata, dia menerima tanggapan buruk daripada pengguna atas isu fitnah yang timbul terhadap produk kesihatannya.
Selain itu, Azlan memaklumkan bahawa mereka mengalami kerugian wang ringgit berjumlah tujuh angka.
Banyak kesan kepada kami terutama kepercayaan orang kepada saya. Sebab itu akhirnya saya bawa perkara ini ke depan selepas mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk berdiam.
Isu ini juga memberi kesan kepada mental. Jadi, saya mencari jalan penyelesaian. Selepas berbincang dengan peguam, saya fikir perlu dedahkan apa yang berlaku.
Nilam dan Azlan berkata demikian pada sidang media pelancaran produk baharu di bawah syarikat Nilam Empire di Hotel Royale Chulan Damansara, sebentar tadi.
Tambah Azlan, individu yang dikatakan bekas rakan niaga itu juga melampaui batas sehingga mengganggu privasi keluarganya.
Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, malah mencerminkan satu cubaan tekaan dan intimidasi terhadap keluarga kami. Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat.
Tindakan ini jelas berniat untuk merosakkan reputasi dan menjejaskan nama baik kami secara terbuka.
Surat tuntutan (LOD)

Berkongsi lebih lanjut, peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu, Farhayu Aziana Mazlan bakal menghantar surat tuntutan (LOD).
Untuk tindakan undang-undang ini, apa yang kami ambil pada peringkat awal adalah mengenal pasti individu terbabit yang perlu dihantar LOD.
Sekarang ini sedang dalam proses, ada yang kita sudah hantar dan ada yang bakal dihantar. Setakat ini kami belum memulakan tindakan mahkamah.
Kami masih menunggu jawapan dalam tempoh 14 hari untuk pihak terbabit memberi jawapan LOD itu.
Dalam pada itu, peguam kedua yang mewakili mereka iaitu Isznie Anis Ismail, memaklumkan bahawa sebarang hantaran yang membabitkan anak guamnnya bakal dikenakan tuntutan.
Setakat ini kita hantar LOD sebagai tuntutan untuk pihak berkenaan mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guam kami.
LOD itu juga menuntut pihak berkenaan berhenti menunggang atau menggunakan nama Nilam selepas berakhir usahasama bersama syarikat lama.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

