
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang individu yang didakwa keterlaluan kerana dengan mudah meminta wang kepadanya.
Artikel Berkaitan: ‘Biasanya Saya Ambil Wuduk Dulu, Baru Make Up’ – Aznil Nawawi
Artikel Berkaitan: ‘Podcast Ini Dirakam Sebelum Kes Mia Sara Dengan Puteri Balqis Meledak’ – Aznil Nawawi
Hantar kod QR
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Aznil, 64, memuat naik tangkap layar mesej daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Individu tersebut dilihat hanya menghantar foto kod QR dipercayai bagi tujuan meminta sumbangan atau duit belanja daripada Aznil.
Kecewa dengan tindakan tersebut, Aznil menyifatkan sikap individu berkenaan sebagai seorang yang tidak mempunyai adab.
Anak aku pun tak pernah minta duit belanja apa lagi minta duit dengan hantar QR je!
Miskin adab juga rupanya dia ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Aznil berikutan budaya meminta wang seperti itu tidak seharusnya dilakukan kerana dianggap tidak sopan.
Dalam masa sama, terdapat segelintir warganet berpendapat bahawa tidak salah untuk memohon bantuan sekiranya benar-benar memerlukan, namun perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah dan menghormati orang lain.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

