berita

[VIDEO] Pak Nil Buat Netizen Sebak, Serah Wang Sumbangan RM20,000 Buat Ibnor Riza Di Hospital

October 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Aznil Ibnor Riza

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi meruntunkan hati netizen apabila berkongsi video dirinya menyerahkan wang sumbangan sebanyak RM20,000 kepada penyanyi, Ibnor Riza yang ketika ini sedang menghidap penyakit kanser limfoma.

Artikel Berkaitan: Pak Nil Buka Tabung Bantuan Untuk Ibnor Riza

Kutipan sebanyak RM19,488

Aznil Ibnor Riza

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Aznil dilihat pergi ke hospital swasta, Beacon Hospital bagi melawat dan melihat keadaan terkini penyanyi yang popular dengan lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’ itu.

Kedua anak seni itu kemudiannya saling berpelukan dengan erat sekali sebelum Aznil menyerahkan wang sumbangan yang telah berjaya dikutipnya kepada Ibnor melalui perbankan atas talian.

Abang (Ibnor) jangan stres tau, kalau abang nak tahu ubat untuk penyakit adalah jangan stres. Kalau abang sedih ia tak akan membantu perubatan abang.

Dan dah jadi tanggungjawab saya untuk bantu abang sebab kita ada dalam bidang yang sama. Abang adalah permata yang disayangi ramai, jadi abang jangan rungsing ya.

Baiklah, saya akan transferkan duit sumbangan ini ke akaun abang dan abang gunakanlah untuk perubatan abang.

Dalam pada itu, bekas pembaca berita Buletin Utama itu menjelaskan bahawa kutipan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM19,488 namun menggenapkan jumlah sumbangan tersebut kepada nilai sebanyak RM20,000.

Untuk pengetahuan semua kutipan yang berjaya kita kutip adalah sebanyak Rm19,488 dan saya lengkapkan kesemua kutipan ini menjadikan ia jumlah bulat sebanyak RM20,000.

Di akhir hantarannya itu, Aznil menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang telah membantu dalam meringankan beban yang dilalui Ibnor Riza dan memaklumkan bahawa tabung yang dibukanya itu akan ditutup.

Terima kasih semua. Dengan ini, kutipan melalui akaun saya telah dihentikan.

Terima kasih Pak Nil

Aznil Ibnor Riza

Aznil Ibnor Riza

Aznil Ibnor Riza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan ucapan terima kasih buat Aznil atas keprihatinannya membantu memudahkan urusan Ibnor yang ketika ini sedang melawan penyakit yang dihidapinya.

Mereka juga mendoakan agar Ibnor cepat sembuh dan dipermudahkan urusan.

Posting

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×