Pelakon Azri Iskandar yang berhasrat untuk menamatkan zaman duda bersama usahawan dikenali sebagai Datuk Noora Kay tidak kesampaian apabila hubungan mereka berakhir dengan perpisahan.
Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Bantu Persiapan Kahwin Azri Iskandar – ‘Saya Dah Janji Dengan Arwah Nenek Dia’
Artikel berkaitan: Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Doa Agar Urusan Kahwin Dipermudahkan
Tiada keserasian
Memetik laporan mStar, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Noora yang memberitahu hubungan cinta mereka telah berakhir pada penghujung Mei lalu.
Menurut Noora, 48, berkata, punca perpisahan adalah disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan suami isteri.
Apa yang saya boleh cakap memang kami sudah putus sejak akhir Mei lalu.
Saya percaya ajal, maut dan jodoh semuanya ketentuan Allah. Selepas berkawan dengannya (Azri), saya rasa tiada keserasian di antara kami.
Bagaimanapun, Noora dan Azri berpisah secara baik malah mereka masih mengekalkan hubungan baik sebagai kawan.
Abang Azri seorang yang sangat baik. Apabila saya memberitahu yang saya rasakan kami tidak serasi, dia boleh terima dengan terbuka.
Walaupun sudah berpisah, kami masih mengekalkan hubungan baik. Buat apa nak bergaduh, kami bukan budak-budak muda lagi.
Sebelum ini, Azri dan Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan malam bersama tular di media sosial yang turut disertai bekas isteri aktor itu, pelakon dan pengarah Ellie Suriaty.
Malah, rakan baik Noora iaitu penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu.
Noora merupakan seorang ahli perniagaan yang juga berstatus ibu tunggal serta mempunyai dua orang cahaya mata.
Untuk rekod, Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.
Sumber: mStar