berita

‘Ba** Hutan Pun Nampak Macam British Short Hair’ – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?

May 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba pelakon, Rita Rudaini memuat naik hantaran di Instagram (IG) seolah-olah sedang menyindir seseorang sehingga mencetuskan tanda tanya warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Allah Tarik Seorang Buat Hati Remuk, Tapi Allah Ganti 2 ..’- Kejutan Hari Ibu Rita Rudaini Undang Sebak

Artikel Berkaitan: Anak Patah Tangan, Rita Rudaini Minta Netizen Henti Petik Nama Bekas Suami – ‘Sikit-Sikit Tanya Si Polan ..’

Artikel Berkaitan: Setahun Anak Hidup Berdikari, Rita Rudaini Luah Rasa Sebak – ‘Ryan Banyak Jadi Saksi Kesedihan Mommy’

Orang sekeliling & pasangan yang tepat

Menerusi beberapa hantaran di IG Story, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar meluahkan kata-kata berbaur sindiran itu tanpa menyebut nama mana-mana individu.

Aktres ini juga meninggalkan nasihat tentang pentingnya bergaul dengan orang yang baik dan memilih pasangan tepat.

Sebab itu pilih orang keliling atau pasangan kita itu penting. Kalau keliling atau sebelah kita itu hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau itu dekat kita?

Bila hati kau dah membusuk dan berulat..b*bi hutan depan kau pun kau nampak macam British Short Hair (kucing).

Ada sesuatu yang belum selesai?

Dalam pada itu, Rita mendakwa bahawa individu tersebut tidak pernah rasa bersalah terhadap apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bila kau dah bertahun-tahun buat t*ik pun kau rasa kau tak pernah salah, maknanya kau ada masalah. Hati-hati, roda kau bukannya tak jejak tanah.

Pelakon berusia 47 tahun itu juga menyelar individu berkenaan yang mempersoalkan perkongsiannya tentang perihal kehidupannya di media sosial.

Kalau kau boleh kongsi kehidupan kau dekat sosial media, kenapa kau nak pertikai apa yang aku kongsi? Aku pun ada hidup dengan anak-anak aku, yang aku rasa suka hati aku nak kongsi atau tidak. Ke ada sesuatu yang tak selesai? Sampai kau terkesan?

Nasihat Rita

Ibu kepada dua orang anak ini juga menitipkan pesanan agar individu tersebut sentiasa berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya.

Hati-hati dengan doa orang yang teraniaya.

Dengan orang lain, dengan kawan-kawan, dengan bos kau kau boleh la kencing sampai hancing..kau lah terpaling betul. Tapi dengan Tuhan…

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×