berita

BABA’S Edar 12,000 Pek Nasi Kari Ayam Di Karnival Jom Heboh Penang Sempena Hari Kari Malaysia

July 31st, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Bagi meraikan Hari Kari Malaysia yang jatuh pada 30 Julai, syarikat rempah terkemuka BABA’S berbesar hati untuk mengedarkan 12,000 pek nasi kari ayam di Karnival Jom Heboh (KJH) pada hujung minggu lalu.

Pengunjung bukan sahaja dihidangkan dengan nasi kari ayam percuma, malah mereka juga turut menikmati macam-macam hadiah dan promosi istimewa.

BABA’S mengangkat kari sebagai simbolik yang  menyatukan rakyat Malaysia

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal tiba tak lama lagi, BABA’S berbesar hati untuk meraikan Hari Kari Malaysia dengan tujuan untuk mengetengahkan kari sebagai makanan sinonim untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

Oleh itu, pihak BABA’S mengambil peluang untuk ‘merencahkan’ KJH di stadium Batu Kawan selama tiga hari bermula 28 sehingga 30 julai lalu.

Sepanjang tiga hari tersebut, pihak BABA’s bukan je dapat berkongsi rezeki dengan mengedarkan pek nasi kari ayam tetapi pengunjung juga diberikan hadiah-hadiah menarik daripada BABA’S hasil menyertai aktiviti permainan mereka seperti bola sepak golf, timbang bola, ping pong meja dan dart board.

Paling syok, pengunjung dapat membeli goodies beg berisi produk BABA’S yang bernilai RM15 pada harga RM10 sahaja!

Produk BABA’S bebas MSG

Rempah BABA’S memang tak asing lagi buat rakyat Malaysia, malah ada kajian menunjukkan 1 daripada 3 keluarga seluruh rakyat Malaysia menggunakan produk BABA’S di dalam masakan mereka di rumah setiap hari termasuklah min. Hehe.

Korang yang gunakan produk BABA’S min boleh cakap yang korang dah buat pilihan yang tepat sebab produk keluaran BABA’S tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, penambah rasa, pewarna dan bebas MSG.

Kualiti rempah mereka dijaga baik serta mengandungi bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Malah, produk BABA’S turut sesuai digunakan dalam hidangan vegetarian kerana ia tidak mengandungi apa-apa bahan berasaskan makanan laut.

Kesemua produk BABA’S juga sentiasa dijamin segar kerana tarikh luput atau ‘shelf life’ yang ditetapkan adalah tidak melebihi 6 bulan dari tarikh pengeluaran.

Sekiranya korang memerlukan maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terbaru BABA’S korang boleh ikuti laman Instagram dan Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×