Seperti diketahui ramai, hasrat pasangan selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail untuk menimang cahaya mata sulung tidak termakbul apabila isterinya mengalami keguguran pada Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Manjanya.. Da’i Syed Rancak Berborak, Hana Ismail Terlentok Tidur Di Bahu
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Pujuk Hana Ismail Menangis, Terkesan Dengan Komen Netizen ‘Kurangkan Menari’
Confinement suami
Terbaru, di Instagram Stories, Hana berkongsi momen Syed menguruskan dirinya ketika berpantang di rumah. Menurut Hana, dia dan Syed sepakat untuk tidak mengambil confinement lady ketika berpantang.
Dedahnya, Syed sendiri yang mengambil tanggungjawab menjaga termasuklah menyediakan air herba untuk digunakan ketika mandi.
Kita tak ada confinement lady tapi kita ada confinement suami. Dia mandikan kita dengan air herba hari ini.
Dalam pada itu, hantaran terbabit turut dibalas oleh Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dengan menyifatkan tugasan itu mudah dilakukan.
Pada 26 Julai lalu, Syed memaklumkan Hana dimasukkan ke hospital kerana mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki 10 minggu.
Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala lumpur.
Sumber: Instagram