Tahniah diucapkan kepada pelakon, Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof yang dikurniakan cahaya mata pertama mereka pada Khamis lalu.
Ezza atau nama sebenarnya, Roszaliza Yusof selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baby Nak Keluar Soon’- Remy Ishak & Isteri Teruja Beli Barang Anak
‘Penat betul tu’
Bini yang bersalin tapi bapa yang letih.
Siapa lagi alami situasi macam ni? ? pic.twitter.com/naoHUCYYdu
— Bbie. (@twtbiy) July 28, 2023
Baru-baru ini, tularnya potongan video dimuat naik seorang pengguna Twitter memaparkan keadaan Remy selepas selesai menguruskan Ezza melahirkan anak.
Dapat dilihat, pelakon filem Pulang itu yang memakai baju berona putih sedang tidur kepenatan di atas sofa di bilik rawatan isterinya.
Bini yang bersalin tapi bapa yang letih. Siapa lagi alami situasi macam ni?
Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat respon yang pelbagai dari netizen di media sosial.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan gaya penulisan yang digunakan pengguna Twitter tersebut.
Mereka berpendapat, suami juga merupakan seorang manusia biasa yang tahu penat dan lelah sepanjang menguruskan isteri bersalin.
Sekadar info, Remy dan Ezza telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 21 Ogos 2021 yang lalu dan kini mereka baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada 27 Julai lalu.
Sumber: Twitter