berita

Baby Shima Hairan Hisap ‘Botol Susu’ Jadi Kontroversi

May 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi, Baby Shima menolak dakwaan netizen yang mengatakan dia sengaja mengundang kecaman selepas memuat naik video minum air dalam bekas minuman berbentuk botol susu.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Mesej Lelaki Miang Ajak ‘Main’, Tanya Deposit Untuk 2 Jam

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Rasa Diri Kita Mulia & Semua Artis Itu Pendosa’ – Baby Shima

Dijadikan kontroversi?

Menurut Baby Shima, dia melihat konten yang dikongsikan di laman Instagram miliknya bukan sebagai satu perkara yang boleh mencetuskan kontroversi.

Sebaliknya, berniat untuk berkongsi kepada pengikut mengenai botol minuman yang dibeli itu unik.

Aik? kontroversi? Itu kan saya tengah tunjuk dekat followers yang air tu unik? Itu sahaja. Alhamdulillah.

Baby Shima berkata demikian ketika ditemu bual bersempena konsert Goyang Asia Koplo Milenial yang diadakan baru-baru ini.

Konsert dipolitikkan?

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penglibatannya dalam konsert berkenaan yang mungkin bakal dipolitikkan, penyanyi itu berkata soalan berkenaan sewajarnya diajukan kepada pihak penganjur.

Maaf, soalan ni saya rasa salah diajukan. Sepatutnya tanyakan pada penganjur, kerana mereka yang berhempas pulas kerja dgn kos untuk menjayakan konsert ini. Kalau kami ini artis yang bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja.

Konsert goyang asia

Dalam pada itu, pelantun lagu Pura-Pura Bujang itu berkata, dia tidak melakukan sebarang persiapan menjelang konsert berkenaan.

Menurutnya lagi, dia akui teruja untuk berada satu pentas dengan penyanyi dangdut popular dari Indonesia.

Tak ada persiapan, langgar je. Perform macam biasa, apa yang keluar waktu persembahan itu lah jadinya.

Saya juga tak sabar dapat sepentas, dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di malaysia.

Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri.

Konsert Goyang Asia Komplo Milenial yang bakal berlangsung pada 12 Ogos depan itu dianjurkan oleh Mission Sight Sdn Bhd dan memilih Pusat Ekuestrian Bukiy Kiara sebagai lokasinya.

Selain Baby Shima, konsert tersebut turut membariskan penyanyi senior seperti Ani Manyuni dan barisan penyanyi dangdut popular Indonesia termasuk Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek Klepek serta Rhena Morena.

Tiket sudah mula dijual dan boleh didapati di www.ticket2u.com.

SKIP THIS AD ×