Penyanyi Baby Shima menerima satu ugutan bunuh di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tak Ada Surat Terbuka Buat Mangsa Rogol & Perogol? Kalau Shima Bukan Main Buat Konten’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Fuad Tepis Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Mesej Tegur Da’i Syed – ‘Saya Seru Kepada Semua Mangsa Terus Mara Ke Hadapan’
Buat laporan polis
Menerusi sebuah posting di Instagram, Shima memuat naik tangkap layar satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya. Menurut komen tersebut, individu berkenaan didakwa sangat marah apabila Shima hadir di Sarawak.
Berikutan daripada itu, Shima meminta bantuan daripada pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut. Tambah pelantun suara ‘Pura-Pura Bujang’ ini lagi, dia sudah ke balai polis untuk membuat laporan berhubung ugutan yang diterima itu.
Shima baru menerima satu ugutan bunuh dari orang sarawak, Mohon kerjasama @polis sarawak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ). Sekarang Shima tengah pergi ke balai polis.
Hati-hati
Sumber: Baby Shima